Apa Itu Konjunktivitis? 

Konjunktivitis, yang sering disebut sebagai "mata merah jambu," adalah peradangan pada konjunktiva, iaitu membran mukus nipis yang melapisi permukaan dalam kelopak mata dan bahagian putih mata. Ia boleh mempengaruhi satu atau kedua-dua mata.

Apakah Jenis-Jenis Konjunktivitis? 

Konjunktivitis boleh dibahagikan kepada punca berjangkit dan tidak berjangkit.

Source: visioncenter.org

Punca Berjangkit 

  1. Viral conjunctivitis is the most common type. It is caused by contagious viruses associated with common cold.

     

  2. Konjunktivitis Bakteria: Jangkitan ini biasanya disebabkan oleh bakteria staphylococcal atau streptococcal dari kulit atau sistem pernafasan anda sendiri. Kebersihan yang buruk, menggunakan alat solek mata yang tercemar, losyen muka, dan memakai kanta lekap yang tidak dibersihkan dengan betul juga boleh menyebabkan konjunktivitis bakteria.
  3. Ophthalmia Neonatrum: Bentuk konjunktivitis berjangkit yang teruk pada bayi baru lahir. Jika tidak dirawat segera, ini boleh menyebabkan kerosakan mata kekal.

Punca Tidak Berjangkit  

  1. Konjunktivitis Alergi: Lebih kerap berlaku di kalangan orang yang mempunyai alahan bermusim.

Apakah Gejala-Gejala Konjunktivitis?

red eyes

Mata merah

Burning sensation

Rasa terbakar

Eye Itchiness

Gatal-gatal

Watery Eyes

Mata berair

Puffy eyelids

Kelopak mata bengkak (Swelling of eyelids)

sticky discharge

Lelehan tahi mata

sticky eyelashes

Bulu mata melekat Bersama

painful eyes

Mata sakit

sensitive to light

Sensitif kepada Cahaya

Apakah Rawatan Yang Tersedia? 

Tiada rawatan yang berkesan untuk konjunktivitis virus kerana ia sembuh sendiri dalam masa 7-14 hari, namun air mata tiruan dan tuaman sejuk berguna untuk mengurangkan beberapa simptom. Pakar mata mungkin akan memberikan titisan mata antibiotik atau salap untuk konjunktivitis bakteria. Ubat-ubatan ini dapat membantu mempercepatkan pemulihan, mengurangkan komplikasi, dan mencegah penyebaran kepada orang lain. Konjunktivitis alahan dirawat dengan antihistamin topikal dan pelincir mata.

6 cara untuk menghentikan konjunktivitis daripada merebak

Elakkan menyentuh mata anda.

avoid touching eyes

Basuh tangan anda dengan kerap.

washhands

Tukar tuala anda dengan kerap dan jangan kongsi dengan orang lain.

newtowels

Buang alat solek mata, terutama maskara.

no mascara

Jangan gunakan alat solek mata orang lain.

othereyesmakeup

Ikuti arahan doktor mata anda mengenai penjagaan kanta lekap yang betul.

listen to your doc