Pengenalan
Amblyopia, yang lebih dikenali sebagai "mata malas", adalah gangguan penglihatan yang menjejaskan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia. Mata kita bekerja bersama-sama untuk membolehkan kita melihat dengan jelas. Apabila terdapat kegagalan dalam satu mata, mata malas terjadi.
Apa Itu Mata Malas (Amblyopia)?
Ia adalah keadaan di mana mata tidak berkembang dengan betul atau mempunyai ketajaman visual yang berkurang dalam satu mata tanpa sebarang kelainan patologi.

Jenis-jenis Amblyopia
Amblyopia Strabismik: Disebabkan oleh ketidakselarasan mata.

2. Refractive amblyopia: Refractive error ( eye power)

Punca Amblyopia
1. Ketidakselarasan mata (strabismus)

2. Perbezaan dalam kuasa refraktif

3. Masalah lain semasa kanak-kanak (contohnya; bayi pramatang).

Gejala Amblyopia
1. Penglihatan kedalaman yang lemah; tidak dapat membezakan jarak, mudah terjatuh dari tangga.

2. Memiringkan kepala.

3. Menutup satu mata untuk melihat dengan jelas.

4. Mata juling; mata menyimpang ke satu sisi atau bergantian.

Rawatan
1. Preskripsi Cermin Mata: Untuk memberikan kejelasan terbaik pada kedua-dua mata.

2. Penutupan Mata (Eye Patching): Mata yang lebih baik akan ditutup untuk memaksa otak bergantung pada mata yang lebih lemah.

3. Terapi Penglihatan: Latihan terapi penglihatan yang bertujuan meningkatkan koordinasi mata, pemprosesan visual, dan persepsi kedalaman, sering digunakan bersama dengan penutupan mata.

Kesimpulan
Mata malas adalah biasa dan boleh dirawat dengan berkesan jika dikesan awal. Pemeriksaan mata secara berkala sangat penting untuk mengesan sebarang isu berpotensi. Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun mempunyai hasil yang lebih baik berbanding usia yang lebih tua. Jika anda mengesyaki anak anda mungkin mempunyai beberapa gejala, rujuk profesional penjagaan mata untuk pemeriksaan menyeluruh

