Penyakit Degenerasi Makula Terkait Usia (ARMD) adalah proses penuaan retina dan choroid

2 lapisan ini terlibat dalam pemprosesan cahaya / imej. Retina dan choroid dipisahkan oleh lapisan Retinal Epithelium (RPE) yang kuat.

Retinal Pigment Epithelium (RPE)

Lapisan RPE ini adalah struktur ‘kedap air’ yang mengekalkan kekeringan retinal pada setiap masa.

Lapisan choroidal ini mengandungi saluran darah yang terbocor. (Rajah 1)

Seiring dengan penuaan, lapisan RPE ini akan menjadi semakin lemah dan perlahan-lahan kehilangan tahap kekedapannya. Apabila ini berlaku, saluran darah dari lapisan choroidal ini akan melepasi lapisan RPE ke lapisan retina.

Keadaan yang tidak normal pada saluran darah di dalam retina ini akan berdarah dan mengganggu stukrur lapisan retina. (Rajah 1)


Rajah 1: Gambarajah menunjukkan degenerasi makula terkait usia. (Rajah dari www.dreamstime.com

ARMD adalah keadaan yang sering berlaku di kalangan perokok. Antara symptom yang biasa berlaku adalah penglihatan kabur secara tiba-tiba (biasanya di bahagian tengah) atau kadangkala pesakit akan mengadu mengalami penglihatan yang herot (Rajah 2)

Pemeriksaan mata yang lengkap oleh pakar akan menjumpai kehadiran tompok darah di bawah retina mata yang sakit. Keadaan pendarahan ini dapat dilihat secara jelas melalui ujian imbasan yang dipanggil OCT 

Optical Coherence Tomografi (OCT)

Ujian ini adalah ujian biomikroskopik. Ia adalah ujian yang tidak invasif. Kaedah ini melibatkan penggunaan mesin yang canggih. OCT mampu menunjukkan lokasi yang tepat dan status penyakit berkenaan.

Rajah 2: ARMD akan merosakkan penglihatan bahagian tengah.Tanpa rawatan, kawasan hitam yang terbentuk akan semakin membesar.

(Rajah dari allaboutvision.com)

Ada beberapa rawatan yang boleh dibuat. Samada ianya berbentuk suntukan ke dalam mata (intra vitreal), laser atau pembedahan. Rawatan ini bergantung pada status pesakit dan tempoh pendarahan telah berlaku.

Jika pesakit datang di peringkat awal, suntikan ubat (antivegf) adalah rawatan yang terbaik boleh dilakukan. Suntikan ini diperlukan setiap bulan sehinggalah penyakit dapat distabilkan. Ia dilakukan di bawah anestetik setempat dengan kesan yang minimum. 

Rawatan laser juga boleh dilakukan jika lokasi salur darah yang abnormal berada jauh dari bahagian tengah retina. Walaupun begitu, rawatan ini dikhaskan pada mereka yang mengalami pendarahan berterusan.

Rawatan Awal

Rawatan awal akan menambahkan kemungkinan untuk penglihatan kembali pulih.

Oleh itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan awal untuk mengesan sebarang simptom baru (dalam beberapa hari). Pesakit akan mengalami pendarahan yang berkali kali

Penglihatan akan terus merosot dan perlahan-lahan menjadi buta tanpa rawatan. Pendarahan yang panjang dan kerap akan menyebabkan parut. Apabila terjadi parut, penyakit ini tidak akan mampu dirawat oleh rawatan yang ada. Pesakit berkemungkinan buta selama-lamanya.

ARMD biasanya merosakkan kedua-dua mata. Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin untuk sebarang simptom baru.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ARMD boleh menyebabkan buta di kalangan pesakit yang telah berusia. Pencegahan awal dan rawatan awal mampu menyelamatkan penglihatan anda. Ujian saringan mata secara rutin adalah sangat digalakkan terutamanya untuk anda yang berusia 50 tahun ke atas.

Kongsikan artikel ini kepada semua untuk menyebarkan manfaat pengetahuan tentang penyakit ini.

Similar Posts