Mata kering berlaku ketika mata anda sudah tidak menghasilkan air mata yang cukup atau penghasilan air mata tidak boleh mengekalkan kelembapan mata. Air mata terdiri daripada tiga lapisan : minyak, cecair dan mukus. Sebarang ketidakseimbangan kepada lapisan ini akan menyebabkan mata kering.
5 FAKTA PENTING TENTANG SINDROM MATA KERING
FAKTA 1 : APAKAH PENYEBAB MATA KERING?
Penuaan adalah salah satu penyebab sindrom mata kering. Walaupun ada di kalangan orang muda yang mengalami kekeringan mata, mereka yang berumur 50 ke atas lebih berisiko untuk mengalami mata kering. Ia juga boleh disebabkan oleh :
- Ubat- ubatan
- Pembedahan mata
- Penyaman udara
- Penggunaan kanta lekap
- Beberapa keadaan anatomi seperti ektropian ( kelopak mata terlipat keluar), entropian ( kelopak mata terlipat dalam ), sjogren sindrom , dan lain lain
- Kelenjar meibomian tersumbat
- Perubahan hormon
FAKTA 2: APAKAH TANDA-TANDA MATA KERING?
Simptom adalah berbeza mengikut individu; walaubagaimanapun antara simptom yang kerap berlaku apabila anda mengalami mata kering adalah:
- Penglihatan yang kabur
- Mata merah
- Sensitif terhadap cahaya (photophobia)
- Pedih
- Berair/Berpasir
FAKTA 3: APAKAH JENIS RAWATAN YANG ADA UNTUK MATA KERING?
Ada beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk sindrom mata kering. Ia akan dirawat berdasarkan tahap keterukan dan keadaan mata kering tersebut
Tuam dan pembersihan kelopak mata are the most basic home remedies for liquefying clogged oil glands and improving tear flow.
Air Mata Tiruan biasanya dicadangkan untuk simptom ringan. Ada beberapa jenis air mata tiruan yang boleh didapati dari farmasi;ubat yang disimpan di dalam botol perlu digunakan dan dibuang dalam masa 1 bulan selepas ia dibuka, sementara yang lain disimpan dalam ‘vial’ bebas bahan pengawet harus digunakan dan dibuang dalam tempoh 24 jam. Air mata tiruan yang bebas bahan pengawet lebih bagus digunakan kerana ia mengurangkan risiko kerengsaan otot mata.
Pelincir mata atau losyen mata adalah antara rawatan yang boleh dibuat di rumah untuk merawat saluran minyak yang tersumbat dan memperbaiki aliran air mata.Biasanya ia dicadangkan untuk digunakan pada waktu malam untuk mengekalkan kelembapan mata dan mengubati kecederaan kecil pada mata.
Blephex adalah salah satu rawatan untuk mata kering yang telah dikaji. Ia terbukti berkesan. Prosedurnya sangat cepat ,tidak sakit, dan ia juga membantu membuka semula saluran meibomian yang tersumbat, memperbaiki aliran air mata dengan membersihkan kedua-dua kelopak mata atas dan bawah dengan sepenuhnya.
Jika pelincir mata tidak membantu dalam merawat mata kering, doktor akan menyesyorkan rawatan alternatif seperti plug punkta Rawatan ini dilakukan untuk memperlahankan aliran air mata supaya pesakit mampu mengekalkan kelembapan air mata.
FAKTA 4: APAKAH YANG AKAN TERJADI JIKA SINDROM MATA KERING TIDAK DIRAWAT?
- Kerosakan pada permukaan mata
- Jangkitan kuman dalam mata
- Ulser mata
FAKTA 5: APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGELAK MATA KERING?
- Pelembap
- Gunakan air mata tiruan dengan lebih kerap
- Elakkan angin ditiupkan terus ke mata
- Rehatkan mata selama 20 saat selepas 20 minit bekerja di hadapan skrin komputer dengan jarak 20 kaki
- Elakkan merokok
SOALAN LAZIM: KENAPA MATA SAYA BERAIR SEDANGKAN SAYA MENGALAMI MATA KERING?
Mata kita memerlukan jumlah minyak yang cukup untuk mengekalkan kelembapan mata dan mengelakkan air mata dari mengering dengan cepat. Sebahagian minyak ini akan kekal di kelopak mata untuk mengelakkan pengeluaran air mata yang berlebihan
Apabila kelanjar meibomian kita tidak mampu menghasilkan minyak yang cukup, air mata kita tidak mampu mengekalkan kelembapan, lalu ini mengakibatkan penghasilan air mata yang belebihan dan mengering dengan cepat.